Pages

Wednesday 25 April 2012

Kesempurnaan Dalam Ketidaksempurnaan

Everyone ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.. Setiap yg kurang pasti ada lebihnya.. Setiap yg lemah psti ada kkuatannya.. Seperti adanya siang, pasti ada malam yg silih berganti dan saling lengkap melengkapi antara 1 sama lain... 


Kadang2, org lebih tertarik dan suka pd kelebihan ssorg.. But sometime, ada yg tertarik dengan kekurangan yg ada pd ssorg.. Sbbnya, kekurangan itulah yg mnjadikan dirinya unik dan istimewa... :-) Semua tu pun bergantung pd individu...

Setiap individu punya hak masing2.. Adakalanya, apa yg kita suka tu belum tentu org lain pun suka.. Dan apa yg org lain suka mungkin kita x suka.. Ada jugak, sometimes kita nampak something tu teruja sgt dan boleh jd over excited, tp pd mata org lain ianya berbeza.. Sudut pandangan setiap org itu tidak sama..


So, kalau ada something yg kita blh trima tp org lain x blh trima, atau something yg org lain blh trima tp kita x blh trima, jgn pertikai benda tu.. Itu adalah lumrah manusia yg punyai pandangan dan pemerhatian yg berbeza.. Itulah salah satu kelebihan yg dikurniakan pd makhluk yg bernama manusia...

Tapi, disebabkan perbezaan ini jgk menjadikan kita keliru utk buat kesimpulan atau kata putus dalam sesuatu hal/masalah... Pemikiran, pendapat, pandangan, n etc semuanya berbeza between humans... Macam mna berbeza pon, penyelesaian itu perlu.. Mcm mna nk selesaikan, its depend on approach yg kita ambil.... Wahhhhhh.......mudahnya utk berkata2 kan... Tp, itulah realiti kehidupan yg kita semua perlu tempuh...

So, for the conclusion, jgn terlalu merendah diri.. Yes..! Merendah diri itu perlu, tp kita x blh keterlaluan sbb, Allah itu maha adil... Setiap kekurangan yg Dia berikan pd kita, pasti ada kelebihan yg dikurniakan.... :-)

Dalam ketidaksempurnaan yg diberikan, ada kesempurnaan yg dikurniakan




TRIVIAL but MEANINGFUL


Syahdunya malam ni...... 'Ubat' tdoq pon dah hilang...nak lelap pon susah... Hmm...apa la agknya yg dia tgh buat time mcm ni kan, msti dah di ulit mimpi... :-)
Sweet Dream sayang.... ;-)



******************************************************************************************************


Sy dikatakan tidak menghargai apa yg dilakukannya... Hmm...sy x salahkan dia :-) sbb itu yg dia nampak.. Dan mungkin sy ni xpandai nak menunjukkan sikap menghargai tu... Tapi, yg dah namanya ini manusia, selalu lupa dan ambil mudah benda yg nampak seperti simple n not so important for us to know... Samalah mcm sy ni; manusia jgk kan, yg selalu ja tak ambil penting benda yg remeh temeh...

So, mlm ni let me tell him something... Disebabkan diri ini terlalu menghargailah, segala apa yg diperoleh drp dia disimpan/dikenang/dijaga... Kalau boleh, sy xmau hilang 1drpdnya pon... Tp, bila hilang satu drp bnyk2 bnda yg dtgnya dr dia dn melibatkan dia, automatically, perasaan sedih tu akn wujud... Kalau dia nk menyatakan     -ve things tntg sy pon, xkesah lah... Susah utk menerangkan kpd ssorg yg mungkin x alami perasaan yg kita rasa/alami  tu... And maybe bg dia, bnda tu terlalu trivial utk jd emotional atau utk ditangisi, tp bg sy ia cukup meaningful...

...'Kalau awk boleh tau mcm mna penting dn bermaknanya bnda2 tu semua pd sy, insyaAllah, awk akn tau mcm mna pnting dan bermaknanya diri awk dalam hidup sy'...

Disebabkan itulah, kalau boleh everything yg melibatkan dia, sy akan simpan; sbg penawar/ubat segala2... Hopefully, start dr ari esok, sy akan dapat balik 'ubat' sy tu... :')





Tuesday 24 April 2012

Saya Tidak Sempurna


Saya tak minta yg SOLEH,
sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...

Saya tak minta yg bergelar USTAZ,
sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA,
hanya sekadar apa yg ada...

Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt,
sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...

Nak minta yg BERPANGKAT,
saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI,
dan MENERIMA diri seadanya...

Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya,
serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...

Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...


Sunday 22 April 2012

Tika Hadirnya Dirimu...


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedari aku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia hingga aku terasa indah...


Terjalinlah percintaan kau dan aku
Hari2 aku rindu, tiap saat ku tatap potretmu
Moga2 kasih kita kan direstui
Hari2 aku cinta, siang malam terbayang di mata...


Maaf jikaku tidak sempurna tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disambut dengan kejujuran
Mencintai dirimu, merindui dirimu, memiliki dirimu hingga akhir hayat bersama kamu...



Hanya dirimu yang ku cinta
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna, takkan membuat aku jauh darimu
Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku...



Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...


Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Hariku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu...



Rasakan abadi sekalipun kau mengerti sekalipun kau pahami
Aku hanya ingin kau tahu besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku, di sisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku, hanya ada dalam anganku melewati hidup...


Kau boleh anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku kepada mu
Aku mahu mendampingi dirimu
Aku mahu cintai kekurangan mu
Selalu bersedia bahagiakanmu apa pun terjadi
InsyaAllah aku akan ada...

Biar mimpi2 kita jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah tapi mimpi ini harus satu
Tiada gunung yang terlalu tinggi 
Tiada laut yang terlalu luas
Utk mereka memisahkan kita dari mimpi2 kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya utk membawa mimpi2 kita sampai ke bintang...


Ternyata hanyalah dirimu yang amat kurindu, kurindu selalu
Ku inginkan selalu terhentinya waktu supaya kita terus bersama
Janganlah kau pergi tinggalkan diriku sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu, inginmu selalu temani jalan hidupku...













Sayang... Bahagiakah kita...?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?



Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.


Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.
Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li).
Kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Sumber : iluvislam





Friday 20 April 2012

Saya Terima Awk Seadanya

Hmmm.... Awk... sy rindu sgt kat awk.. dan sy yakin awk pon mcm tu jgk tp awk dalam dilema kan.. Sy cuba nak tau apa yg awk pk dan apa yg sdang awk alami, tp awk xnak share ngn sy... Sy cuma nk kurgkan beban d kpala awk tu, tp awk xsudi.. Sy xtau knapa, smada awk x pecayakn sy atau apa, sy xtau... 

Awk.. Tolong la awk, jgn terlalu merendah diri, dan jgn terlalu mbeza2kn diri awk dgn org lain.. Apa yg awk merendah diri tu, sy xpenah nmpak, dan x penah nk mnjadikan bnda tu sbg isu.. Sbb apa..?? Sbb sy terima awk seadanya dgn sepenuh ati.. Awk sniri penah ckp kt sy 'setiap org ada kelebihan dan kelemahan ssorg'.. Maknanya di sini, awk ada kelebihan awk yg mmbuatkn awk terlalu istimewa d ati sy.. 

Awk selalu ckp, awk kurg itu kurg ini.. Sy rasa, kalau kkurangan smua tu xdak pd awk, mungkin Allah x kurniaka cinta sy utk awk... Setiap org ada keunikan tersendiri... 

Memang betol, setiap yg jd atau ssuatu perkara mesti ada sbb.. Tp, kdg2 ia x perlukan sbb, awk... Awk sniri yg mengiakan statement ni... Sy x lupa... Pentingkah adanya 'sebab' knapa sy cinta awk... Sy rasa sebab itu x penting, yg pentingnya adalah hati....

Tolonglah awk ya, jgn terlalu merendah diri.... Kalau awk nak merendah diri, bknlah dgn sy atau mna2 makhluk ciptaanNYA, tp dgn Sang Pencipta itu sendiri... Percayalah, sy terima awk seadanya.... InsyaAllah...

Awk, sy perlukan awk... Sy tau awk banyak pk, awk serabut, awk tension... Sy sedia mnjadi pndengar segala keluh kesah awk.. Bg sy, masalah awk masalah sy jgk... Kita blh bincang, mcm mna nak settlekn satu persatu.. Setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya kn awk, insyaAllah... Itu pun bergantung dgn izin Allah.. Kalu Allah pekenan msalah tu slesai cpat, maka cepatlah ia berlalu.. Kalu lambat pun, kita kena sabar... 

Sy tau, cakap mmg senang tp susah utk kita buat apa yg kita kata.. Hmm... Sy rasa kita kena plan utk settlekn apa yg x settle... Tak palah awk... Buat masa skrg ni, sy xmo awk pk dulu.. Sy pon tau, awk bnyk keja dan bnyk bnda awk nak kna pk.. InsyaAllah, sy ada utk awk... Sy sedia utk dengar segalanya..

Awk jagalah diri ya... Rehat bg cukup, tdo pon kena cukup.. Awk perlukn tnaga yg bnyk utk bkerja.. Kalu awk lemah, lemah lah sy... 

I MISS U

Wednesday 18 April 2012

ADAM Kenalilah HAWA


Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.
Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimakah?


Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.


Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.



bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

(Artikel iluvislam.com)

Friday 13 April 2012

Apakah aku layak...??


Kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Adakah aku seorang wanita yang punyai empat perkara tersebut..???


Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]


Adakah aku seorang wanita yang punyai ciri2 yang sebegitu..???


Kerdilnya diriku, sorg hamba yg tidak tahu mensyukuri apa yg ada...Seorg hamba yg lupa akan kenikmatan dan kesempatan yg diberikan...

Tiada ku tahu kelebihanku di mana, yang ku tahu aku tidak sempurna dn banyak kekurangannya...

Mampukah aku menjadi sorg hamba yg beriman...??
Anak yg solehah...??
Isteri yg mithali...??
Ibu yg penyayang...??
Wanita yg hebat..??

Ya Allah, layakkah aku untuk dimiliki...??
Dicintai...??
Dikasihi...??
Memperoleh bahagia...??

Hanya Engkau yang tahu...