Pages

Friday 13 April 2012

Apakah aku layak...??


Kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Adakah aku seorang wanita yang punyai empat perkara tersebut..???


Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]


Adakah aku seorang wanita yang punyai ciri2 yang sebegitu..???


Kerdilnya diriku, sorg hamba yg tidak tahu mensyukuri apa yg ada...Seorg hamba yg lupa akan kenikmatan dan kesempatan yg diberikan...

Tiada ku tahu kelebihanku di mana, yang ku tahu aku tidak sempurna dn banyak kekurangannya...

Mampukah aku menjadi sorg hamba yg beriman...??
Anak yg solehah...??
Isteri yg mithali...??
Ibu yg penyayang...??
Wanita yg hebat..??

Ya Allah, layakkah aku untuk dimiliki...??
Dicintai...??
Dikasihi...??
Memperoleh bahagia...??

Hanya Engkau yang tahu...

No comments:

Post a Comment