Seandainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu jatuh cinta,
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya...
Seandainya
lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata,
Itu bukan bermakna dia lemah,
Tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah menyintai lelaki itu...
Seandainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan
itu marah,
Memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itulah
maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki
itu...
Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang
berlaku...
Seandainya
lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu
dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak
sayang
tetapi dia terlalu sayangkan
anda...
Seandainya lelaki tahu,
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang
ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai...
Seandainya lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...
Seandainya
lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan
itu menyatakan bahawa dia rindukan kamu,
dia benar-benar
maksudkannya,
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata...
Seandainya lelaki tahu,
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang
terbaik...
Seandainya
lelaki tahu,
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya...
Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.
Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan...
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah
sekali,
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa
selamat bersamanya...
Biarpun zahirnya perempuan itu nampak
lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mungkin
boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya...
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam
hidup anda
kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna...
Sumber : kakilepakz dot com
No comments:
Post a Comment